www.anarich.com.my is under construction.

We'll be back soon 🙂

TENTANG KAMI

Anarich Sdn. Bhd ditubuhkan pada 14 Julai 2014 dengan motif untuk mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran yang berpunca dari aktiviti dan situasi harian. Idea untuk menghasilkan produk biodegradable ini dibawa ke Program Superb Teraju dan terpilih untuk meneruskan usaha untuk menghasilkan palet dan beg biodegradable mesra alam dan menggunakan pati serai wangi.

Dengan sokongan dari pihak Teraju dan bermula dengan hanya satu mesin dan penyelidikan yang dilakukan secara terperinci, Anarich Sdn.Bhd berjaya menghasilkan bahan mentah dari formula tersendiri dan mula beroperasi secara kecil-kecilan.

Saranan dan permintaan dari pihak kerajaan melalui kempen kesedaran tentang kepentingan untuk memelihara alam sekitar, Anarich Sdn. Bhd memulakan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Alam Flora, E-Idaman & SWcorp. Produk biodegradable Anarich mula mendapat permintaan yang mengalakkan.

Anarich Sdn.Bhd mula berkembang dan mula mempelbagaikan produk seperti beg sampah, beg bertangkai, polybag, beg mayat (bodybag) dan penyembur serai wangi.

Pada tahun 2020, dengan sokongan MESTEC (Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim), Anarich Sdn.Bhd membangunkan sebuah fasiliti (kilang) dengan kapasiti yang lengkap dalam pembangunan setiap produk biodgradable yang disediakan dalam profil syarikat ini dan pada bulan Februari 2020, Anarich Sdn.Bhd memulakan kerjasama dengan konsesi kebersihan dan pihak-pihak NGO tempatan untuk menjayakan kempen kesedaran Alam sekitar dan kepentingan tentang penggunaan produk biodegradable dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Berikut adalah antara badan-badan kerajaan dan syarikat-syarikat yang mendapat bekalan terus dari kami :

VISI

Menjadi pendokong kepada dasar-dasar kerajaan dalam mewujudkan inovasi teknologi mesra ala, produk yang berkualiti, bersih dan terjamin selamat untuk semua golongan masyarakat Malaysia serta meneraju ke arah bumi hijau.

MISI

Mewujudkan inovasi produk yang mesra alam bagi mengurangkan pencemaran sisa pepejal bagi memastikan alam persekitaran selamat dari segi kebersihan dan menuju ke arah kesihatan yang lebih baik untuk semua golongan masyarakat di Malaysia.

PRODUK BIODEGRADABLE SERAI WANGI

KELEBIHAN BEG BIODEGRADABLE SERAI WANGI

Mesra Alam

Terurai dalam masa 8 bulan
100% Biodegradable

Formula DARI BAHAN SEMULAJADI

Tiada bahan kimia
Tiada kesan sampingan

KOs Rendah

Mampu milik oleh semua lapisan masyarakat

ANARICH SDN. BHD

No 5B, Jalan Perindustrian Kamunting, Kawasan Perindustrian Kamunting Jaya, 34600 Kamunting, Perak.